You are here: Home > duniaku > Hadiah untuk yang tersayang

Hadiah untuk yang tersayang

Semalam adalah Hari Bapa. Maka ramailah blogger-blogger buat entri pasal Hari Bapa ni. Bagi yang tak sambut tak bermakna tak sayang bapa kan? :-)

Biasanya sebagai tanda kita sayang kat orang tu, kita akan beri dia hadiah kat dia. Selalunya masa hari lahirnya. Tapi apakah hadiah yang paling sesuai untuk orang yang tersayang?

Pada pendapat aku, biarlah hadiah tu yang kekal lama supaya nampak lebih bermakna. Tak perlulah yang mahal, yang murah pun ok juga. Tapi yang pasti, janganlah hadiahkan pada yang tersayang hadiah keranda atau borang maklumat aset yang dia ada. Macam tak sabar-sabar je. Just kidding.

Hari ini aku nak berkongsi 1 hadiah yang bagi aku amat bernilai iaitu majalah ilmiah. Sebagai contoh, katakan bapa korang minat pada kereta, jadi belilah majalah pasal kereta. Macam-macam majalah ilmiah yang ada kat pasaran di Malaysia ini. Contohnya majalah yang berkaitan dengan Islam seperti majalah Solusi, i, Al-Islam dan macam-macam lagi.

Tapi kenapa majalah ilmiah? Sebab bila orang yang tersayang kita baca majalah ilmiah, dia boleh sampaikan ilmu yang ada kat majalah itu pada orang lain. Bukankah apabila putus nyawa anak Adam itu, salah satu amalan yang berterusan ialah ilmu yang diajarkan kepada orang lain? Mungkin apabila kita hadiahkan majalah ilmiah, orang yang kita sayang menjadi lebih baik. Bukankah itu menjadi pahala kepada kita?

Share kat Facebook

Jom baca ni pula


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Responses to “Hadiah untuk yang tersayang”

  1. aizamia3 says:

    aku masih belum sempat jumpa ayah aku lagi..

Leave a Reply