Malam tadi aku ada buat entri pasal SENARAI BLOG YANG BAKAL DIHACK DIKELUARKAN?. Bila petang aku buka blog aku, tak sangka ramai yang singgah entri itu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Nuffnang.
Ada yang mengatakan senarai itu adalah senarai ahli gengblogger. Maaf. Pernyataan ini tidak boleh diterima sebab ahli gengblogger ada 23213 ahli sedangkan dalam senarai itu hanya ada sekitar hampir 8000 sahaja. Apatah lagi kalau kita lihat dalam senarai tu bukan terdapat nama email. Cuma ditambah http:// dihadapannya.
Sama ada blog korang tersenarai ke tidak dalam senarai itu, 1 je yang korang kena ingat. Securekan password blog korang. Kalau berkesempatan, backup la blog korang. Ingat sebelum kita terkena. Mencegah itu lebih baik dari mengubat.
Share kat Facebook





