You are here: Home > ict > Tuhan Trafik?

Tuhan Trafik?

Apa itu Tuhan Trafik? Siapakah yang digelar Tuhan Trafik?

Semalam aku terjumpa satu entri dari blog si A yang bercerita pasal blog si B ni. Bila aku baca kiranya si A ni macam menyampah dengan si B ni lalu dia bertanya “Dia rase dia tu tuhan traffic ke?”. Dia kat pertanyaan ni merujuk kepada blog si B ini.

Bagi aku..mudah je. Aku tak sokong si A dan aku tak sokong si B. Semua orang boleh buat blog dan semua blogger berhak untuk promote blog dia. Sebab apa aku kata semua berhak buat blog? Hanya daftar email kat Google dan buka laman web blogger.com. Ikut arahan daan siap buat blog. Mudah je. Bukan kena bayar pun untuk perkhidmatan buat email kat Google dan buat blog kat blogspot.

Bila kita dah ada blog kita mesti promosi blog kita supaya orang tahu kewujudan blog kita. Sebab itu aku kata semua blogger berhak promote blog dia. Cara nak promote blog tu ikutlah kreativiti blogger tu. Ada yang bermain dengan SEO, ada yang bermain dengan segmen macam si B tu. Malah ada juga yang promote blog dengan cara memfitnah dan mencari pasal dengan orang lain walaupun cara terakhir ni tak elok.

Bila ada blog yang lagi popular, tak perlulah kita cemburu. Kalau kita takde blog, kita buat blog, lawan dia cara sihat. Kalau kita ada blog, kuatkan usaha kita supaya blog kita lagi popular. Bersainglah secara sihat. Bila kita bersaing secara sihat dalam promosi blog ni, takde siapa yang rugi.

Bila kita bersaing dengan tidak sihat, dengan cara menjatuhkan blog lain supaya blog kita naik, apa yang kita dapat? Mungkin blog kita akan naik tapi kita kena ingat 1 hari nanti mungkin akan ada orang akan jatuhkan blog kita macam kita buat kat blog orang lain. What you give you get back.

Share kat Facebook

Jom baca ni pula


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

12 Responses to “Tuhan Trafik?”

  1. Budak Botak says:

    Macam kenal la pulak si B tue, he3…

    Entry terbaru -> Blogger Buat Segmen Wordless Wednesday & Spontaneous Thursday Patut Bersara… (",)

    • duniafarisadli says:

      B tu kau kenal? diam2 je..tapi yang pasti B tu bukan Budak Botak…hahahaha..jangan marah..just kidding

  2. aizamia3 says:

    masing-masing dengan pelbagai ragam dan idea.. selagi tak memudaratkan layan je..

  3. sunah sakura says:

    bila baca ni, saya setuju sangat2…entri yang neutral dan point yang boleh diterima..sebab semua tu hak masing2, tak perlu rasa dengki bila kita tak berusaha sepertimana orang lain berusaha.. kannnn?
    My recent post Perempuan Kalau Pandai Masak, Cepat Kawen…

  4. aizamia3 says:

    psstt: kau sibuk ek.. ke kau tak sihat.. kalau tak sihat moga cepat sembuh ye.. ;)

  5. aizamia3 says:

    Assalamualaikum..
    Faris.. oo Faris..

  6. titan says:

    betul. Tak perlu cemburu buta. Usahalah ikut kemampuan kita sendiri.

  7. fiqah says:

    setuju..btlh dari hati yg ikhlas. brkongsi lbh baik dri mahu jatuhkan org..

  8. Syazwan says:

    pos menarik. yup, masing-masing ada hak. toksah la keja mempertikaikan je apa orang lain buat. cerminkan diri sendiri dulu

  9. chawi says:

    biasa la tu bro..aku pon pnh kne cmtu jgk…dugaan berblog..

    New Entry :
    Duit Raya RM1000 Dari Blog Denai Hati
    Aku Benci Gila Dengan Blogger 'Copy Paste' Ni!!

  10. intanberlian says:

    kene tahu juga, berapa lama orang tu berblog sampai trafik macam tu kan.. semua ada cara tersendiri nak naikkan trafik blog, jadikan hobi. maka isu ini takkan menjadi masalah.. ni berblog baru hingusan dan expect income, trafik bagai.. kalau berblog nak sangat duit ni. susahlah.. jadi tak ikhlas menulis.. menulis asal ada. cincai.. orang berblog ni, kalau nak fact baca banyak benda.. rajin mencari.. kongsi dengan orang lain.

    tapi hak masing-masingkan. cuma aku rasa tak gemar kalau orang nak cemburu orang lain ni. rezeki masing-masing. kalau takde, jangan blame orang lain.. tak elok.
    My recent post Gigi hitam akibat merokok dan kunyah tobacco! bukan senang jadi dentist ni.

  11. GreenLava says:

    Hmm…buat apa gaduh-gaduh?
    Blog…and be happy :)
    My recent post SEO – It Doesn’t Have To Be a Dirty Word for Bloggers

Leave a Reply