Entri ini aku nak cerita pasal peribadi aku pasal pandangan aku tentang CD original, CD cetak rompak dan muat turun.
CD original dalam entri ini merujuk kepada bukan sahaja CD, tetapi juga merujuk kepada kaset, DVD dan VCD untuk album nyanyian. Begitu juga CD cetak rompak merujuk kepada kaset, CD, VCD dan DVD untuk album nyanyian. Muat turun atau dalam Bahasa Inggerisnya download adalah satu perbuatan menyalin fail dari internet ke komputer.
Pada masa dahulu, negara kita dihebohkan yang jualan album CD orginal merosot kerana penjualan CD cetak rompak. Namun pada masa kini, jualan CD original dan CD cetak rompak merosot kerana orang lebih gemar muat turun.
Kenapa pada masa dahulu CD cetak rompak lebih mendapat permintaan berbanding dengan CD original? Menurut pandangan aku, ini berpunca daripada harga CD original yang mahal dan tidak setanding dengan kualiti terutamanya album nyanyian. Ini berlaku sejak dahulu sehingga pada zaman sekarang. Kalau kita lihat, dalam 1 album nyanyian yang mempunyai 10 buah lagu kebiasaannya. Sesetengah penyanyi hanya mempunyai sekitar 3 lagu sahaja yang menarik dan sedap didengar sedangkan harga CD sekitar RM 30. Berbaloikah untuk mendengar 3 lagu anda membayar RM30?
Ini menyebabkan CD cetak rompak menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah. 1 CD cetak rompak dijual sekitar RM 5 sahaja. Jauh lebih murah berbanding dengan CD original dengan kualiti CD lebih kurang sama sahaja. Namun zaman berubah. Sekarang orang lebih suka muat turun daripada membeli CD sama ada yang original dan cetak rompak. Kenapa perlu bayar sedangkan kita boleh dapat percuma?
Jika sebuah album nyanyian itu mengandungi kesemua lagu yang sedap didengar dan harganya berpatutan, percayalah, orang akan membeli yang original. Mungkin ada yang mengatakan harga CD yang mahal sebab termasuk kos untuk sewa studio. Tapi bagaimana pula dengan album kompilasi? Kenapa mesti harganya yang mahal terutamanya bagi artis yang telah meninggal dunia? Perlu juga ke bayar sewa studio?
Jika sesuatu barang itu berkualiti, percayalah orang akan membelinya walaupun harganya yang mahal. Alah membeli menang memakai. Jangan salahkan orang yang membeli CD cetak rompak atau muat turun jika kualiti yang original sangat mengecewakan.
Share kat Facebook






Benar, CD Original tetap akan dibeli meskipun mahal, tapi CD Rompak tetap mempengaruhi jumlah penjualannya.