Mari kita lihat kedudukan Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan menjadi bahasa kebangsaan bagi Malaysia di mata rakyat Malaysia.
- Bahasa Melayu layu di tanah air sendiri kerana dipinggirkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
- Terdapat syarikat minyak antarabangsa yang mengenakan syarat mahir berbahasa Mandarin untuk diambil bekerja.
- Apabila kita melihat berita di televisyen, terlalu jarang kita tidak dapat lihat orang-orang penting di Malaysia bercakap dalam Bahasa Inggeris.
- Pengisian Bahasa Melayu tidak langsung menggambarkan ia sebagai bahasa teras rakyat Malaysia.
- Terlalu biasa kita dengar graduan menganggur kerana tidak mahir Bahasa Inggeris dan terlalu jarang kita dengar graduan menganggur kerana tidak mahir Bahasa Melayu. Adakah semua pekerjaan memerlukan berkomunikasi dengan rakyat luar negara?
Apakah akan terjadi pada tahun 2020 nanti? Adakah ketika itu bahasa Melayu hanya sesuai menjadi tatapan generasi 2020 sebagai salah satu lipatan sejarah di Muzium Negara? Mungkin ini akan berlaku sekiranya rakyat Malaysia sibuk menguasai dan bertutur dalam bahasa lain sehingga melupakan Bahasa Melayu.
Perancis dan Jepun adalah dua bangsa yang jauh maju ke hadapan berbanding Malaysia tetapi di hati mereka hanyalah bahasa kebangsaan mereka. Kita pula masih tercari-cari rentak untuk bergelar negara maju, tetapi sudah mula lupa diri.
Malaysia tidak akan menjadi negara maju dan mapan jika rakyatnya sendiri tidak mempunyai jati diri mempertahankan kekuatan yang ada. Bahasa Melayu adalah salah satu kekuatan yang wajib dipertahankan. Paling penting bahasa Melayu wajib dimartabatkan sehingga seluruh Malaysia menggunakannya tanpa rasa segan dan silu.
Share kat FacebookEntri adalah dipetik dan diubah suai daripada rencana Utusan Malaysia 20 Jun 2011. KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA RENCANA ASAL







yups
kesian bahasa melayu
bahasa melayu dianaktirikan dibumi nya sendiri
Juvana Episod 9
My recent post Juvana Episod 9
ye..kita jangan bangga kononnya di dunia ini ramai yang bertutur bahasa melayu..bahasa melayu yang dituturkan oleh dunia ialah bahasa melayu indonesia bukan bahasa melayu malaysia
bila bercakap bahasa melayu dengan kawan-kawan mungkin nampak kolot agaknya tu yang dia berbahasa omputih..
no komen…bagi aku..aku bangga cakap bahasa melayu
Kalau mintak kerja kat kilang-kilang, bahasa lain yang dipentingkan. Seharusnya bahasa melayulah yang diutamakan.
My recent post Amalan Pemakanan Yang Menyebabkan Terjadinya Penyakit
punah ranah bahasa melayu sekarang ni.
sayew tak shukew gilew owang macam tuw..
issh.
My recent post Bertemu PenciptaNya
bila dah ada bahasa sms ni..memang bahasa melayu ni jadi rojak dibuatnya..itulah kecanggihan zaman IT sekarang ni..
My recent post Komisen kedua dari Peer Gomez
Saya setuju 101%. Tapi visi itu memang sukar nak capai kerana kanak-kanak sekarang ' pandang luar ' ( globalisasi ), terutamanya kanak- kanak Lembah Kelang dan P. Pinang. Sangka pulak budaya orang lain lagi bes sedangkan budaya orang Asia jauh lebih baik…Oleh itu, sukarlah nak lahirkan masyarakat masa depan yang sememangnya anak Malaysia. :/
My recent post My Views On – Brunei Darussalam