You are here: Home > isu semasa, keagamaan > IFC: Jangan kita buat tak tahu

IFC: Jangan kita buat tak tahu

Ini adalah sticky post. Sila scroll sampai bawah kalau nak baca post yang terkini.

Pagi tadi seorang member aku membuka topik perbincangan kat facebook pasal Islam Liberal. Bagus juga buat post pasal Islam Liberal kat blog ni. Tapi kena ambil masa sikit, sebab benda ni bukan mudah. Bukan semudah nak buat tips buat link. Kena buat reasearch yang mendalam. Salah satu sumber yang aku jumpa pasal Islam Liberal ni ada cite pasal IFC.

Artikel pasal IFC ni ditulis oleh Haji Mohammad Ariffin Bin Ismail dan diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri. Aku tak ubah pun artikel ini sebab aku tak cukup ilmu nak ubah artikel ini. Tak banyak artikel sentuh pasal IFC ni.

Di Malaysia Gerakan Liberalisme dalam persamaan agama-agamadicadangkan dengan penubuhan InterFaith Commision ( IFC) atau nama asalnya Inter Religious Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya AntaraAgama-Agama. Badan ini berfungsi seperti sebuah mahkamah dansegala keputusannya adalah muktamad ke atas agama-agama yangterbabit. IRC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerimadan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. Jika diteliti,penubuhan IRC ini ditaja oleh Malaysian Consultative Council of Budhism,Christianity, Hinduism, and Sikhs (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Kandungan memorandum tersebut adalah :

  1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpapermohonan ke mahkamah Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  2. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  4. Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa ia beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
  9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang- orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Dari butir-butir memorandum di atas dapat dilihat bahawa agenda utama penubuhan IFC adalah meletakkan semua agama dalam kedudukan yang sama, sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada halangan bagi seorang muslim untuk murtad. Penubuhan IFC ini
ditaja oleh yayasan barat sebagaimana terbukti pada Persidangan Kebangsaan “Towards the Formation of the Interfaith Commission of Malaysia” yang berlangsung pada 24-25 Februari 2005 di Hotel Equatorial Bangi, Selangor di mana terdapat Jawatankuasa Pemandu IRC iaitu Konrad Adeneur Foundation ( KAF ) dan Malaysian Interfaith Network. (Untuk mengetahui tentang penubuhan IFC sila rujuk Malaysian Interfaith Commision – A Documentation, Konrad Adenauer Foundation, 2007).

Malaysian Interfaith Network ( MIN) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 15 Februari 2003 khusus bertujuan untuk menjayakan agenda
pluralisme agama di Malaysia. MIN mempunyai 20 badan gabungan
termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, dan lain-lain. Dalam programnya, MIN mendapat dana daripada “The Pluralisme Project, Havard University” yang ditaja oleh badan Yahudi Amerika Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.(www.pluralism.org)

Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Yayasan Konrad Adenauer, dinamakan sempena Canselor Jerman yang pertama, ditubuhkan lebih daripada 50 tahun lalu. Mendapat namanya daripada Etika Pengajaran Sosial Kristian Katolik dan Kristian Protestan, dan menentang latar belakang sejarah Nazi. Ia bekerja keras untuk keamanan, kebebasan dan keadilan dengan menganjurkan nilai sejagat yang dikongsi oleh pelbagai budaya dan agama di atas bumi. Menurut Peter Schier ( wakil KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir Institute Kajian Dasar, Institute of Development Studies. Matlamat utama yayasan ini di seluruh dunia, dan di Jerman, adalah untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang, hak asasi manusia dan konsep Jerman yang sangat unik iaitu ‘ekonomi pasaran sosial’, iaitu pasaran ekonomi dengan sosial, ekologikal dan tanggungjawab yang beretika. (Jacqueline Ann Surin, Sharing Universal Values, Thesundaily.com)

Cadangan penubuhan IFC tersebut akhirnya mendapat respon pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia sehingga tertubuhnya ACCIN (Allied
Coordinating Committee of Islamic NGOs) yang menyatakan bahawa penubuhan IRC akan membahayakan agama Islam sebab :

  1. Penubuhan IFC membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam.
  2. Penubuhan IFC menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan akidah.
  3. Penubuhan IFC akan menjadikan orang Islam bebasmelakukan apa sahaja.
  4. Penubuhan IFC akan membuat orang Islam bebas untuk murtad.
  5. IFC berhak menentukan status agama seseorang, sebab seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.
Share kat Facebook

Jom baca ni pula


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

22 Responses to “IFC: Jangan kita buat tak tahu”

  1. budak botak says:

    macam2 cara nk jatuhkan Islam, adeiii…

    Entry terbaru 25 Website Untuk Berblogging Secara Percuma… (",)

  2. aizamia3 says:

    mula-mula mereka akan buat secara perlahan-lahan, bila dah semakin kukuh mereka cari alternatif lain dalam entry kau ni, bila difikir2kan balik.. lama kan mereka dah bertapak cuma masih ramai belum perasan dengan kehadiran orang sebegini..

    • duniafarisadli says:

      memang..ada yang mengatakan hiburan tu alat untuk jatuhkan orang Islam..kalau betul, nampak tak strategi diaorang..serangan jangka panjang

  3. cik tiniey says:

    salam…

    bagaimana jika seseorang itu mengaku dirinya islam liberal?tapi dia masih lagi berpegang pd syariat yg betul…cuma mengaku dirinya sahaja sbg islam liberal…

  4. Cik SCC says:

    ya Allah..

    aku takut… aku rase nak menangis je bila orang kapir nak pijak-pijak Islam secara terang-terangan ni..

    p/s: sedih2 takut pun, aku nak tag ko http://www.cikscc.com/2011/04/1st-giveaway-by-haj…

    • duniafarisadli says:

      kalau orang kafir masih boleh diterima oleh akal lagi. tapi macam mana kalau orang Islam sendiri yang pijak sesama Islam?

  5. aizamia3 says:

    itu mata hati dia telah mati.. kalau tak, takkan dia sanggup nak pijak sesama Islam sedangkan dia tau Islam tu bagaimana indah di dalamnye..

  6. Hans says:

    haih…
    itu lah
    kalau boleh tengok skrg
    yang nak menjatuhkan Islam tu bukannya orang luar tapi orang Islam itu sendiri
    sedih kan?
    moga agama Islam sentiasa terpelihara di Malaysia

  7. ohcikgu says:

    ilmu baru hari ini. Satu bahan bacaan yang baik.

  8. syuxer says:

    agenda yang manakutkan..tapi lebih menyedihkan andai ada orang islam support IFC ni huhuh..Malaysia semakin bahaya neh tkut jadi cam indonesia..hhuhu

  9. amysyaquena says:

    As'salam..

    Sr datang dari blog abang Ben, singgah sini dan follow , salam kenal ye ! ada masa jemput ke SR.
    My recent post Definasi Cinta

  10. iznie says:

    thnks for sharing…

    macam2 cara jer nak jatuhkan islam…nauzubillah

  11. Ustazsyaari says:

    Maaf… mngganggu sbtr utk sme ingt-mngingati. Keadan dunia kita skrng pnuh dgn gelora, prmasalahan dn bencana yg mlibtkn manusia mahupun alam. Ianya tk akn brkesudahan dn yg mampu kita lakukn, mencari punca segala prmasalahan ini…
    Di sni sy srtakn alamat link yg brkaitan dgn prmasalahan yg dialami kite insane dn dunia ini… Harap sudi membaca dn brfikir dgn tnang, kelak akn terfikir dimana kebenaranya…:)
    http://www.youtube.com/watch?v=4_OAauYfPwE

  12. Pehh…..macam nie ceritanya IFC….kut diorang tak malu, aku pun nak join sekaki buat pertubuhan NGO 1Islam….Semua rakyat Malaysia tak kira nak menganut kepercayaan apa benda pun wajib diIslamkan dan hidup sebagai orang Islam minimum 20 tahun terlebih dahulu….Geng-geng IFC kekgi suka dok? keskeskes
    My recent post Isu Kalimah Allah versi Kedua

    • sesawang says:

      nama sampah masyarakat, tp idea bernas.. aku sokong ko wat NGO 1islam tu… semua rakyat malaysia yang baru lahir kena diislamkan, hidup cara islam selama 18 tahun, lepas tu decide sendiri la.. sebab da besar dan berakalkan. walaupun nmpk ini mcm cerita kartun tp x mustahil untuk dilaksanakan jika pemimpin kita tegas bab2 ni.. Gunakan kuasa anda sebagai pemimpin negara islam..

Leave a Reply