Wah!! Macam best je kan tajuk dia. Pesanan apa yang nak diberi? Pesanan macam SMS (Sistem Pesanan Ringkas) ke?
Sebelum aku menjawab soalan yang kat atas tu, aku nak beritahu yang adikku itu bukan merujuk kepada adik kandung aku tetapi merujuk kepada orang yang lebih muda dari aku. Aku pun muda lagi. Baru 25 tahun 3 bulan
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mahasiswa dari UPSI yang menurunkan bendera di PWTC dan menuntut AUKU dihapuskan. Aku tak berniat untuk bercerita tentang siapa yang salah dalam hal ini tetapi aku lebih suka bercerita tentang apa yang sepatutnya kita buat.
Apa sebenarnya tujuan kita masuk universiti? Belajar? Berpolitik? Bercinta? Kalau kita tanya diri kita sendiri mungkin akan dapat jawapan yang salah. Mungkin juga kita tidak beroleh jawapan. Jadi kita tanyalah pada ibu bapa kita. Apa tujuan kita berada di universiti. Tentu terlalu besar yang mereka harapkan apabila kita masuk universiti dan berjaya menamatkan pengajian di universiti. Buktinya?
Walau apapun program yang ada kat universiti, hanya 2 program yang paling kita dapat lihat kemeriahannya iaitu semasa program pendaftaran pelajar baru di universiti dan semasa majlis konvokesyen. 2 program inilah yang begitu meriah sekali. Ada yang sesetengah tu 1 keluarga datang dari jauh semata-mata kerana ada ahli keluarga yang dapat masuk universiti atau dapat tamat pengajian.
Jadi apa pun yang kita buat semasa di universiti, ingatlah ibu bapa kita. Janganlah cuba menghancurkan harapan mereka. Kawan, sahabat, kekasih boleh dicari ganti tapi ibu bapa tiada yang dapat menganti walau kita ada segunung emas.
Share kat Facebook





